Tuesday, 18 February 2014

Minat Menjahit

Assalamualaikum.....

Nak cerita alkisahnya dulu,masa sekolah rendah dan menengah, aku selalu menolong mak aku menjahit. Tempahan banyak, nak-nak raya, Jadi aku jelah satu-satunya anak dia yang minat nak menolongnya.
Antara benda-benda yang aku boleh buat ialah sembat lengan ngan bawah baju, buat tikam leher karipap, jahit tudung sekolah, guna mesin jahit tepi dan apa-apa yang senangla.

Tapi sekarang mak aku dah malas nak buat semua tu. Tak nampak mata katanya. Setakat jahit baju sendiri ngan baju anak-anak dia bolehla.

Tapi aku sejak kebelakangan ni, terasa berkobar-kobar nak belajar menjahit. Selama ni duk menjahit tangan je sebab tak ada mesin jahit.

Sekarang aku dah start sikit-sikit dengan belajar sendiri melalui blog-blog dan youtube. Walaupun ada macam-macam versi, aku cuba faham dan buat ikut cara yang paling senang. Masalahnya adalah aku masih tak ada mesin jahit. Ingat nak beli yang mini punyer dulu dan harganya pun dalam rm100 sahaja. Ok la kut bagi aku yang baru nak belajar ni.

Macam-macam dah duk fikir nak buat apa kalau ada mesin jahit. Harap-harap perasaan dan minat nak menjahit tu tak akan lenyap dalam fikiran aku.

Manalah tahu, Tuhan nak bagi rezeki. Boleh buat bisnes ke, ambil tempahan menjahit ke.... Manala tau kan....

Nak ruang menjahit macam ni.... boleh tak??? Hihihi..... angan-angan......

             sumber dari google


Thursday, 13 February 2014

Lama Menyepi

Assalamualaikum

Lama dah menyepi tak update blog
Bukan malas, tapi tak berkesempatan
Nak kata sibuk kat office, tak jugak
banyak buat benda lain sampai tak ada idea nak tulis apa

Entahla...
Fikiran asyik ke laut je
banyak benda nak kena fikir
pasal masa depan dan sebagainya
Badan pulak selalu penat
tambah-tambah pulak campur dengan asyik teringatkan Irfan kat kampung
dengan perangai Irsyad yang entah apa-apa sejak abang dia tak ada ni
main sendiri-sendiri tak nak.....
asyik merengek-rengek.... nak kita duk tepi dia je....
Time malam je demam.... sedar je nangis.....
Rindu kat abang dia ke????

Apa-apa pun, plan nak balik kampung ambil Irfan hujung bulan ni



Thursday, 6 February 2014

Rindu Irfan

Mud tak leh tido....
lepas siap semua kerja rumah
tak rasa ngantuk....
walaupun jam dah 2 pagi..

tapi.....
rasa rindu kat Muhammad Irfan
teringat kat dia....
dia tu pun entah ingat ke tak ke ibunya ni...
seronok dia kat kampung