Tuesday, 18 February 2014

Minat Menjahit

Assalamualaikum.....

Nak cerita alkisahnya dulu,masa sekolah rendah dan menengah, aku selalu menolong mak aku menjahit. Tempahan banyak, nak-nak raya, Jadi aku jelah satu-satunya anak dia yang minat nak menolongnya.
Antara benda-benda yang aku boleh buat ialah sembat lengan ngan bawah baju, buat tikam leher karipap, jahit tudung sekolah, guna mesin jahit tepi dan apa-apa yang senangla.

Tapi sekarang mak aku dah malas nak buat semua tu. Tak nampak mata katanya. Setakat jahit baju sendiri ngan baju anak-anak dia bolehla.

Tapi aku sejak kebelakangan ni, terasa berkobar-kobar nak belajar menjahit. Selama ni duk menjahit tangan je sebab tak ada mesin jahit.

Sekarang aku dah start sikit-sikit dengan belajar sendiri melalui blog-blog dan youtube. Walaupun ada macam-macam versi, aku cuba faham dan buat ikut cara yang paling senang. Masalahnya adalah aku masih tak ada mesin jahit. Ingat nak beli yang mini punyer dulu dan harganya pun dalam rm100 sahaja. Ok la kut bagi aku yang baru nak belajar ni.

Macam-macam dah duk fikir nak buat apa kalau ada mesin jahit. Harap-harap perasaan dan minat nak menjahit tu tak akan lenyap dalam fikiran aku.

Manalah tahu, Tuhan nak bagi rezeki. Boleh buat bisnes ke, ambil tempahan menjahit ke.... Manala tau kan....

Nak ruang menjahit macam ni.... boleh tak??? Hihihi..... angan-angan......

             sumber dari google


No comments:

Post a Comment