Wednesday, 26 March 2014

ANAK-ANAK SUKA BERGADUH

Assalamualaikum....

Hari ini entri tentang dilema yang aku rasa sangat membimbangkan dan memenatkan aku sejak akhir2 ni...

Ok....
Anak aku dua-dua lelaki
Beza umur diorang 1 tahun 11 bulan... kira jarak dekat jugak la tu...

Diorang ni suka sangat bergaduh... setiap masa. yang sulung suka ambil barang-barang yang adik dia tengah pegang... tapi dia seorang yang berdikari. Yang adik pulak bekeng giler kut.... Pantang di sentuh, di marah dan manja... jadi kesimpulannya di sini ialah ada sifat dengki di kalangan mereka.... Maka, pergaduhan dan pukul memukul la jadi nya...

Yang peningnya... akulah...
Kadang-kadang boleh sabar...
kadang-kadang tak boleh nak sabar...
Ayahnya lagilah.... memang dah tak ada kesabaran lansung. Itu juga jadi masalah bagi aku. Bila aku rasa marah dia pada anak-anak tak rasional, aku akan marah dia balik. Jadi gaduh laki bini pulak... Hai....dugaan betul. Semua jadi tak kena.. Kesudahannya... dia jadi tak lekat kat rumah..

Bagi aku, jalan penyelesaian dia adalah SALAH....
Sepatutnya dia bertanggungjawab la mendidik anak-anak jugak...

Jadi, aku terpaksalah gigihkan hati, jiwa dan perasaan mengadap peel perangai budak-budak ni... Aku hanya mampu berdoa dan berharap anak-anak aku ni  berbaik-baik...

Ini adalah amalan-amalan yang patut aku lakukan setiap masa  menurut islam... kadang-kadang dengan kesibukan bekerja, aku jadi lupa jugak..

- Baca surah al-Fatihah dan selawat. 
- Baca surah al-Insyirah 7x
- Bacakan ayat 200 dari surah al-Imran
-baca doa " Allahumma allif baina qulubihim wa aslih zata bainihim"
- Semua bacaan ni di tiupkan ke dalam air untuk diorang minum ataupun boleh di tiup di ubun2.
- Selalu berzikir yang menyebut-nyebut nama allah yang mengandungi maksud pengasih dan penyayang seperti Ya-Rahman, Ya-Rahim.....

Kita hanya mampu berikhtiar... amalkan selalu dan berserah kepada Allah... Ini semua dugaan kita sebagai ibu bapa....

Amalan ini jugak boleh di buat kepada suami yang degil mengalahkan budak-budak jugak...

Sekian itu sahaja....

MESIN JAHIT SINGER MODEL 4432

Assalamualaikum....

Hari ni nak cerita sikit pasal mesin jahit yang aku beli sebulan yang lepas...

Model mesin ini ialah 4432....

Aku beli mesin ni guna sistem e-kredit iaitu ansuran mudah... nak beli cash memang tak mampu la wei... Banyak lagi benda lain nak buat. Aku ambil mesin ni dekat dengan tempat kerja aku iaitu SINGER Bukit Raya, Jalan Hulu Langat.

Harga cash untuk mesin ni dalam RM119+, tak ingat pulak. Deposit untuk ambil mesin ni adalah RM95       ( Tapi, ada jiran aku, dia pun ambil mesin jahit jugak, cuma di kedai SINGER lain bayar deposit RM80 jer...Kenapa ada perbezaan di situ? Aku pun tak pasti. )

Jadi,total deposit adalah RM167, termasuk bayaran bulan pertama.
Antara dokumen yang diorang mintak adalah :

- Salinan IC

- Salinan slip gaji... kalau yang tak ada slip gaji, pihak diorang boleh buat. Kiranya,nak ambik barang dengan singer ni, confirm dapat la kut.

- Bil api @ air...Aku bagi bil air online jer sebab tak jumpa bil2 yang bulan lepas punyer. Lepas 2,3 hari diorang mintak yang ori pulak. Tapi aku lupa nak bagi... Diorang pun dah tak mintak-mintak lagi lepas tu.

Selepas 2 @ 3 hari, diorang akan datang hantar mesin tu dan tunjuk demo sekali...

Ni gambar mesin yang aku ambil dari google... gambar mesin kat rumah aku tak boleh letak kat sini sebab telefon yang ada gambar mesin tu tak boleh nak connect dengan komputer kat office. Tak taula pulak apa masaalahnya... Tu yang rasa down giler nak update blog ni.

Ok... sekian itu sahaja... Di harap dengan adanya mesin ni dapat la aku buat baju banyak-banyak.. hihihi...
Manala tau dapat tempahan sekali. Aamin....

Sunday, 16 March 2014

Setelah sekian lama

Assalamualaikum...

Hari ini sudah pun memasuki pertengahan bulan 3.... terlalu cepat masa berlalu. Dan bermacam-macam perkara telah berlaku kepada diri sendiri dan juga dunia...

Di pagi yang hening, setelah sekian lama bumi tidak di limpahi hujan, Alhamdulillah, hari ini hujan rahmat telah membasahi bumi..

Sebelum lebih panjang bercerita, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum di ketahui nasibnya... Kita doakan semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada pasukan mencari dan menyelamat supaya misteri ini dapat di rungkaikan... Amiin.....

Ok...
Setelah sekian lama tak mengupdate blog...
Akhirnya hari ni ada peluang dan kerajinan.....

Banyak benda yang di buat... dalam seminggu dua ni, aku sibuk sangat belajar menjahit. Bukan pergi ke kelas atau apa, cuma belajar sendiri melalui internet dan youtube... ada jugak tanya-tanya orang yang pandai. kalau musykil lagi, telefon mak...hihihi....

Dan yang paling menyeronokkan adalah, setelah dapat memiliki mesin jahit sendiri. Mesin jahit tepi belum mampu kut.... Ala...bukan beli cash pun.Ambil ansuran je.

Pasal jahit menjahit ni, aku akan cerita kemudian.

Minggu lepas pulak, aku balik kampung untuk ambil irfan. So, sekarang, Irfan in d house!!! Walaupun budak ni nakal pelik jer, tapi budak nakal ni jugakla yang di rindu. Rasa terseksa jugakla...

Lepas balik dari kampung, si Irfan dan si Irsyad ni demam panas pulak... Diorang ni, kalau demam,memang demam serentak. Kalau malam tu, memang aku tak tidurla sebab berjaga untuk diorang. Asyik merengek dan mintak yang bukan-bukan...dugaan betul...dalam seminggu jugakla dorang demam. Aku memang tak bawak dorang pergi klinik. Tak taula kenapa.... lagipun, ubat-ubat klinik dah ada kat rumah.

Ok, itu sahaja..
Harap-harap lepas ni aku akan ada masa dan kerajinan untuk update blog selalu.