Hari ni nak cerita sikit pasal mesin jahit yang aku beli sebulan yang lepas...
Model mesin ini ialah 4432....
Aku beli mesin ni guna sistem e-kredit iaitu ansuran mudah... nak beli cash memang tak mampu la wei... Banyak lagi benda lain nak buat. Aku ambil mesin ni dekat dengan tempat kerja aku iaitu SINGER Bukit Raya, Jalan Hulu Langat.
Harga cash untuk mesin ni dalam RM119+, tak ingat pulak. Deposit untuk ambil mesin ni adalah RM95 ( Tapi, ada jiran aku, dia pun ambil mesin jahit jugak, cuma di kedai SINGER lain bayar deposit RM80 jer...Kenapa ada perbezaan di situ? Aku pun tak pasti. )
Jadi,total deposit adalah RM167, termasuk bayaran bulan pertama.
Antara dokumen yang diorang mintak adalah :
- Salinan IC
- Salinan slip gaji... kalau yang tak ada slip gaji, pihak diorang boleh buat. Kiranya,nak ambik barang dengan singer ni, confirm dapat la kut.
- Bil api @ air...Aku bagi bil air online jer sebab tak jumpa bil2 yang bulan lepas punyer. Lepas 2,3 hari diorang mintak yang ori pulak. Tapi aku lupa nak bagi... Diorang pun dah tak mintak-mintak lagi lepas tu.
Selepas 2 @ 3 hari, diorang akan datang hantar mesin tu dan tunjuk demo sekali...
Ni gambar mesin yang aku ambil dari google... gambar mesin kat rumah aku tak boleh letak kat sini sebab telefon yang ada gambar mesin tu tak boleh nak connect dengan komputer kat office. Tak taula pulak apa masaalahnya... Tu yang rasa down giler nak update blog ni.
Ok... sekian itu sahaja... Di harap dengan adanya mesin ni dapat la aku buat baju banyak-banyak.. hihihi...
Manala tau dapat tempahan sekali. Aamin....
Ok tak mesin nih..kalau jahit kain lycra blh tak
ReplyDelete