Monday, 17 November 2014

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama menyepi, hari ni rasa meronta2 nak tulis kt blog... lagipun untuk tatapan sendiri sahaja.

Mungkin sebab dah lama, xad tempat nak meluah rasa, xada tempat nak mengadu, tu yg xsabar2 nak update blog.

Xad banyak perubahan yg besar pun berlaku dalam hidup. Dugaan demi dugaan tetap ada... Dugaan sebagai hamba Allah sudah pasti. Sebagai seorang anak. sbgai seorang isteri, sebagai seorang pekerja, sbagai seorang ibu, sebagai seorang sahabat dan juga sebagai seorang jiran...

Alhamdulillah, seperti last post aku pasal mesin jahit dan belajar menjahit... akhirnya aku dah jadi tukang jahit... bolehla stakat jahit semua jenis baju kurung, bju kurung moden, jubah, dress, blouse... tapi masih byak yg perlu belajar terutamanya yg fesyen2 terkini yg mcm2. Tp, xad rezeki lgi nak belajar.. InsyaAllah, klau ada peluang nnti. Dan di samping tu, aku dapat tambah pendapatan keluarga dengan kepercayaan dari kawan2 semua...

Di samping tu, aku ada jugak cuba2 bisnes online ni... Nama perniagaan Galeri Manik & Alatan Jahitan Aniey... dan perniagaan aku ni perniagaan yg berdaftar dengan SSM tau... Walaupun hanya sekadar mencuba dan untung taklah banyak sangat... tetapi biarla berniaga secara sah dan yang paling penting jujur..

InsyaAllah....lepas ni aku akan rajinkan jugak diri ni untuk update blog. Bukannya hangat2 tahi ayam jer... Aku akan coretkan segala suka dan duka aku tapi xkkan mengguriskan hati sesiapa..


No comments:

Post a Comment