Apabila kehamilan telah melangkaui tarikh jangkaan bersalin, bayi yang dikandung berisiko tinggi untuk mengalami meconeum aspiration syndrome (MAS)
Tapi, sebelum tu nak cerita....
MAS ni pernah terjadi kpd anak ke dua aku. Dekat 2 minggu jgkla jd penghuni wad ICU di HNSZ Kuala Terengganu. Keadaan anak aku pd masa itu adalah kritikal. Tapi Alhamdulillah, anak aku dapat survive dan serasi dgn antibiotik yg di berikan. Sekarang sudah berumur 1 tahun setengah.
Ni masa kad wad ICU
sekarang dah sihat walafiat
Apa itu Meconeum?
Najis yang pertama kali bayi anda keluarkan dipanggil meconeum. Inilah bentuk bahan buangan bayi selama 9 bulan dalam kandungan sehingga beberapa hari kelahirannya. Ia mengandungi sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. Ia biasanya bewarna hijau gelap, hampir kehitaman ataupun hitam. Bentuknya juga pekat dan melekit tapi tidak berbau.
Ketahui Tentang Meconium Aspiration Syndrome
Bayi yang dilahirkan lebih daripada tempoh normal kehamilan iaitu 38 - 40 minggu amat berisiko tinggi untuk mengalami MAS yang di anggap sebagai sesuatu yang membahayakan. Syndrome ini merupakan sejenis gangguan serius terhadap sistem pernafasan bayi baru lahir setelah termakan mekonium yang sebelum itu memasuki paru-parunya. Untuk makluman, keadaan ini boleh terjadi sebelum atau semasa proses bersalin berlansung. Proses bersalin yang memakan masa yang terlalu lama iaitu melebihi 12 jam turut menjadi punca masalah ini berlaku.
Keadaan-keadaan ini sebenarnya menyebabkan bayi mudah mengalami stress. Ketika berlakunya stress ini seperti kekurangan oksigen, saluran pencernaan bayi akan mengalami kontraksi sehingga mendorong meconeum untuk keluar dan mengotori air ketuban.
Keadaan stress turut menyebabkan bayi menghirup dengan kuat air ketuban yang mengandungi mekonium sehingga masuk ke dalam paru-paru yang akhirnya yang menyebabkan pembengkakan(pneumonitis). Selanjutnya ia mampu menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan dan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas.
Sama juga halnya dengan bayi yang terlalu besar dan tidak berupaya melalui servik ibu dalam proses kelahiran normal.Apatah lagi bayi yang terlebih waktu lazimnya bersaiz besar.
Risiko Meninggal Dunia
Akibat daripada komplikasi MAS ini, bayi boleh meninggal dunia di dalam kandungan, ketika proses kelahiran atau selepas kelahiran.
Bagi mengurangkan risiko MAS ini, lakukanla pemeriksaan antenatal secara teratur, mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang, rehat yang mencukupi, memantau peningkatan berat badan, tidak melakukan kerja berat berlebihan dan yang paling penting tidak merokok dan mengambil minuman keras.
Info
Biarpun 6% - 25% bayi di lahirkan bersama air ketuban yang dicemari mekonium, tidak semua bayi bekenaan mengalami MAS.
Selepas keluar dari hospital, anak aku ni sepatutnya perlu mendapatkan rawatan susulan setiap 3 bulan. Aku sempat bawak 3 kali je. Lepas bawak anak aku ke Kuala Lumpur, aku dah tak berkesempatan nak bawak dia...... balik kg pun bukan selalu.
Takut jugakla kut2 ada effect apa-apa kan, tapi tengok macam tak ada apa-apa pun. Cuma setiap kali dia demam dan selsema, bunyi pernafasannya sangatla mendebarkan perasaan aku... hehe.... cuma berjaga-jaga jela.
Lain2 perkembangan juga tak ada masalah. Berat badan ok, pendengaran ok, pergerakan juga ok. Cuma lambat bercakap je....
No comments:
Post a Comment