Assalamualaikum
Bercerai pampers??
Ya... aku cuma ad pengalaman dengan anak-anak untuk bercerai pampers je.. Bercerai susu xpernah lg. Bukan susu ibu pun...
Ok....
Irfan ni tak adalah totally bercerai pampers...
Malam still lagi pakai 1 sebab aku malas nak temankan dia pergi kencing. Dahla berbotol-botol susu dia minum. Sah-sah kerap kencing. Dan sebenarnya tak susah pun nak suruh irfan ni berhenti pakai pampers. Kita cuma cakap, kalu nak kencing atau berak, pergi bilik air.. Itu sahaja. Dan dia faham. Berak pun dia basuh sendiri tapi kita kena tengok la. Nanti dia mengelat pulak....
Dia berjaya tidak memakai pampers pada siang hari ketika umur 3 tahun. Itupun kat rumah jer. Dekat rumah pengasuh, dia still pakai pampers sebab pengasuh anak aku ni macam malas nak ajar dan tambah pulak anak aku ni takut nak bercakap dengan akak tu... garang sangat.... Ada jiran depan rumah aku selalu tegur kenapa irfan pakai pampers lagi.. Dah besar dah.... Tapi aku jawab, "nak buat macam mana..... dah akak pengasuh tu tak kisah pun... Tp kat umah, ok jer.."
Tapi sekarang, dah 2 minggu aku hantar budak-budak ni kat rumah akak yang selalu tanya irfan tu, Alhamdulillah.... Aku dah tak perlu memperuntukkan pampers untuk irfan lagi......
Dan yang paling syukur lagi, Irsyad pun akak tu dah ajar tak pakai pampers... elok2 jer aku tengok pampers tak terusik kat dalam beg. Kalau guna pun, 1 jer. Tu pun pakai masa gi ambik budak-budak ni.
Tapi, kat umah aku malas la kan tak pakaikan pampers untuk Irsyad ni. Mana la aku nak larat. Aku tak ready lagi. Dia pun tak masuk 2 tahun lagi. Tunggula.... hehe...
Apa-apa pun, aku bersyukur sebab akak tu dah menjimatkan aku untuk bahagian pampers... dan bayaran untuk mengasuh budak-budak ni pun agak berpatutan. Dan yang paling penting, dia sayangkan anak-anak aku ni macam anak-anak dia jugak..
Ahamdulillah........
No comments:
Post a Comment