Sunday, 12 January 2014

SEDEKAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum....

Hari ini saya terbaca sesuatu yang saya rasa saya harus lakukan mulai saat ini..
Jadi, saya ingin berkongsi ilmu tentang sedekah al-Fatihah ini yang saya dapat dari group Soal Jawab Ibu Bapa Cemerlang. Diharap dapat memberi manfaat kepada saya dan anda semua... InsyaAllah....

Dengan keadaan kita yang berada dalam era moden yang penuh cabaran ini, bukan mudah untuk kita mendidik anak-anak menjadi yang terbaik.

Penulis berkongsi tentang sebuah kisah rahsia seorang bapa yang sangat penulis hormati ilmu dan keperibadiannya.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Selepas setiap kali solat, dia akan sedekahkan al-Fatihah buat anak-anaknya. Amalan itu bermula sejak Allah ' mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta ditimpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Di sedekahkan al-Fatihah untuk rasulullah s.a.w, kedua arwah ibu bapanya, isteri kesayangannya dan anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya.

"Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekah al-Fatihah! Mudah sahaja kan? Berapa minit sangat masa yang di perlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu per satu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, jom lah kita melakukan perkara-perkara mudah yang di sukai oleh Allah S.W.T..... Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah.....

******Apa lagi wahai suami, isteri, ibu mahupun bapa. Bersama-samalah kita berikhtiar untuk anak-anak kita... Gagal atau berjaya, kita serahkan pada Allah S.W.T..... Kita hanya mampu berikhtiar, tapi Dia yang menentukannya...





No comments:

Post a Comment