Wednesday, 1 January 2014

Jalan-jalan di Zoo Negara

Assalamualaikum.....

Ni cerita cuti krismas lepas ( 25/12/2013 ).........
Aku memang dh plan awal2 untuk pg zoo ni. Kiranya lepas dapat gajila.

Awal-awal pg lg aku dh bgun siapkan beg dn keperluan budak-budak.Siap
goreng keropok lekor lagi untuk di bawa sebagai bekal.. Dengar-dengar cerita
harga makanan kat dlm zoo mahal. Jd, drpada membazir duit, lebih baik aku
bawak apa yang boleh di bawak.

Sampai di zoo ngam-ngam kul 9 am.... Terus beli tiket. Untuk dewasa RM30
seorang. Untuk kanak-kanak 3-12 tahun RM10... Jadi total perlu bayar RM70...
Irsyad xcukup umur lagi,jadi freela.

Lepas tu bemulala pengembaraan kami.. Kitorang jalan kaki je. Nak naik train xde feel lansung katenye laki aku...Mula2 memang ok la kan. Kitorang
start dr zirafah dulu. Waktu masih awal lg. Semua binatang pun baru bgun tido dan
baru hendak di mandikan.

 

 
 
Kitorang melawat semua binatang yang ada satu persatu. Kalau tak, membazir bayar mahal-mahal. Tu pun ayat laki aku. Aku ikut dari belakang je. Bila dah lama-lama,Irfan pun dah start buat perangai. Dia la yang paling laju. Aku dengan laki aku memang tak larat nak kejar... Irsyad pulak steady je dari awal sampai last.

Bila lalu kat kiosk jual segala bagai toys pulak, irfan mengamuk-ngamuk nak suruh belikan. Tapi aku rasa tak berbaloi lansung nak beli. Mahal giler kut. Kitorang pun biarkan ajela dia mengamuk nangis bagai. Last-last aku belikan diorang aiskrim je. Tu pun RM15 untuk 3 aiskrim cornetto...

 
 

 
Perasan tak semua gambar di ambil dari belakang. semua anak2 aku dan laki aku memang kurang bergambar. Jadi, semua gambar curi je. Tu pun x sempat nak ambil gambar banyak2. masa banyak di habiskan untuk mengejar budak irfan ni je.. Nasibla kan....

Kitorang sampai on time untuk pertunjukan binatang. tapi di sebabkan terlalu sesak dan budak-budak pun dh makin tak menentu perangainya, kitorang x tengok pun pertunjukan tu dan habiskan cepat-cepat perjalanan.

Last sekali tmpat kitorang pegi adalah tempat kegemaran laki aku iaitu akuarium... Tapi malangnya dia xleh nk feel lebih-lebih sebab budak2 terlalu laju ke depan tak sempat nak ngejor.

Dalam kul 11.30 kitorang keluar. Berakhirla sudah kisah di zoo... Bayaran parking untuk 3 jam pertama adalah RM5.50. Jd, total perbelanjaan untuk kali ni adalah RM95.50...

Bila dah tengahari, perut pun lapar... Aku tapau KFC jer...

Sampai umah, semua dah keletihan. Lepas makan, semua orang tido. kecuali laki aku. Dia dengan hobinya. Pergi memancing.....



No comments:

Post a Comment