Ini adalah sambungan entry semalam untuk menceritakan secara ringkas tentang cara mencuci dan penjagaan CD yang di telah di sarankan dan jugak mengikut pengalaman aku sendiri.
Untuk penggunaan kali pertama
- Pastikan insert dan sarung di cuci terlebih dahulu untuk mengeluarkan sisa-sisa yang terdapat dalam fabrik semasa proses pengilangan
**** Kalau korang beli baju baru pun, mesti korang nak basuh dulu kan.....
- Cuci sekurang-kurangnya 3x untuk mendapat penyerapan insert yang lebih berkesan. Penggunaan yang seterusnya hanya sekali cucian sahaja
- Boleh di basuh dengan mesin basuh ataupun cucian tangan... terserahla....
- Keringkan di bawah cahaya matahari
**** Di sebabkan aku duk rumah flat jer, terpaksalah jemur dalam rumah. Ok jer pun....
Pantang Larang Untuk CD
- Elakkan cecair peluntur/pemutih (clorox, vanish) dan cecair pelembut kain (softlan, downy). Ianya mungkin boleh menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi
- Elakkan menggosok menggunakan seterika
- Elakkan cucian kering / cucian menggunakan air panas
- Elakkan pemberus / penggosok
Untuk Penggunaan Harian
- Insert harus di keluarkan dari CD
- Jika anak anda buang air besar, buang najis terlebih dahulu dengan pancutan air yang laju ke dalam mangkuk tandas.
- Bilas CD dan insert yang terkena air kencing
- Masukkan sedikit sabun yang tidak mengandungi pelembut, pewangi atau peluntur
-Basuh seperti biasa sama ada guna mesin / tangan
- Sidai CD seperti biasa. Pastikan bahagian dalam menghadap cahaya matahari.
Contoh Sabun Yang boleh di gunakan
Semua gambar sumber dari google
Selain daripada gambar di atas, sabun lain yang boleh di gunakan adalah
- Fab
- Trojan
- Kuat Harimau
Contoh sabun yang tak boleh digunakan pulak adalah
- Pureen kiddiewash
- Pureen ABD
- Kao Attack
- Nappiklean
- Top Detergent
Teknik Stripping bagi CD yang sudah kurang daya serap
- Guna sabun pencuci pinggang mangkuk yang mempunyai kuasa untuk tanggalkan minyak (sunlight)
- Basuh di bahagian dalam dan luar microfleece bagi menghilangkan mendapan sabun dan kotoran-kotoran halus
- Teknik ini boleh di lakukan sebulan sekali.
- Anda juga boleh melakukan stripping tanpa penggunaan sabun. Cuma basuh sehingga tidak lagi mengeluarkan buih-buih sabun akibat cucian-cucian sebelum ini.
Bagi aku, yang merasakan sabun yang khas untuk mencuci CD ini terlalu mahal, aku hanya menggunakan sunlight untuk setiap cucian.... Dan setakat ni, ok jer....
Setakat ini sahaja yang dapat di kongsikan sebagai pengguna CD yang tak berapa tegar....... sekadar berkongsi pengalaman yang ada.
No comments:
Post a Comment