Assalamualaikum....
Setelah sekian lama menyepi, hari ni rasa meronta2 nak tulis kt blog... lagipun untuk tatapan sendiri sahaja.
Mungkin sebab dah lama, xad tempat nak meluah rasa, xada tempat nak mengadu, tu yg xsabar2 nak update blog.
Xad banyak perubahan yg besar pun berlaku dalam hidup. Dugaan demi dugaan tetap ada... Dugaan sebagai hamba Allah sudah pasti. Sebagai seorang anak. sbgai seorang isteri, sebagai seorang pekerja, sbagai seorang ibu, sebagai seorang sahabat dan juga sebagai seorang jiran...
Alhamdulillah, seperti last post aku pasal mesin jahit dan belajar menjahit... akhirnya aku dah jadi tukang jahit... bolehla stakat jahit semua jenis baju kurung, bju kurung moden, jubah, dress, blouse... tapi masih byak yg perlu belajar terutamanya yg fesyen2 terkini yg mcm2. Tp, xad rezeki lgi nak belajar.. InsyaAllah, klau ada peluang nnti. Dan di samping tu, aku dapat tambah pendapatan keluarga dengan kepercayaan dari kawan2 semua...
Di samping tu, aku ada jugak cuba2 bisnes online ni... Nama perniagaan Galeri Manik & Alatan Jahitan Aniey... dan perniagaan aku ni perniagaan yg berdaftar dengan SSM tau... Walaupun hanya sekadar mencuba dan untung taklah banyak sangat... tetapi biarla berniaga secara sah dan yang paling penting jujur..
InsyaAllah....lepas ni aku akan rajinkan jugak diri ni untuk update blog. Bukannya hangat2 tahi ayam jer... Aku akan coretkan segala suka dan duka aku tapi xkkan mengguriskan hati sesiapa..
Monday, 17 November 2014
Wednesday, 26 March 2014
ANAK-ANAK SUKA BERGADUH
Assalamualaikum....
Hari ini entri tentang dilema yang aku rasa sangat membimbangkan dan memenatkan aku sejak akhir2 ni...
Ok....
Anak aku dua-dua lelaki
Beza umur diorang 1 tahun 11 bulan... kira jarak dekat jugak la tu...
Diorang ni suka sangat bergaduh... setiap masa. yang sulung suka ambil barang-barang yang adik dia tengah pegang... tapi dia seorang yang berdikari. Yang adik pulak bekeng giler kut.... Pantang di sentuh, di marah dan manja... jadi kesimpulannya di sini ialah ada sifat dengki di kalangan mereka.... Maka, pergaduhan dan pukul memukul la jadi nya...
Yang peningnya... akulah...
Kadang-kadang boleh sabar...
kadang-kadang tak boleh nak sabar...
Ayahnya lagilah.... memang dah tak ada kesabaran lansung. Itu juga jadi masalah bagi aku. Bila aku rasa marah dia pada anak-anak tak rasional, aku akan marah dia balik. Jadi gaduh laki bini pulak... Hai....dugaan betul. Semua jadi tak kena.. Kesudahannya... dia jadi tak lekat kat rumah..
Bagi aku, jalan penyelesaian dia adalah SALAH....
Sepatutnya dia bertanggungjawab la mendidik anak-anak jugak...
Jadi, aku terpaksalah gigihkan hati, jiwa dan perasaan mengadap peel perangai budak-budak ni... Aku hanya mampu berdoa dan berharap anak-anak aku ni berbaik-baik...
Ini adalah amalan-amalan yang patut aku lakukan setiap masa menurut islam... kadang-kadang dengan kesibukan bekerja, aku jadi lupa jugak..
- Baca surah al-Fatihah dan selawat.
- Baca surah al-Insyirah 7x
- Bacakan ayat 200 dari surah al-Imran
-baca doa " Allahumma allif baina qulubihim wa aslih zata bainihim"
- Semua bacaan ni di tiupkan ke dalam air untuk diorang minum ataupun boleh di tiup di ubun2.
- Selalu berzikir yang menyebut-nyebut nama allah yang mengandungi maksud pengasih dan penyayang seperti Ya-Rahman, Ya-Rahim.....
Kita hanya mampu berikhtiar... amalkan selalu dan berserah kepada Allah... Ini semua dugaan kita sebagai ibu bapa....
Amalan ini jugak boleh di buat kepada suami yang degil mengalahkan budak-budak jugak...
Sekian itu sahaja....
MESIN JAHIT SINGER MODEL 4432
Assalamualaikum....
Hari ni nak cerita sikit pasal mesin jahit yang aku beli sebulan yang lepas...
Model mesin ini ialah 4432....
Aku beli mesin ni guna sistem e-kredit iaitu ansuran mudah... nak beli cash memang tak mampu la wei... Banyak lagi benda lain nak buat. Aku ambil mesin ni dekat dengan tempat kerja aku iaitu SINGER Bukit Raya, Jalan Hulu Langat.
Harga cash untuk mesin ni dalam RM119+, tak ingat pulak. Deposit untuk ambil mesin ni adalah RM95 ( Tapi, ada jiran aku, dia pun ambil mesin jahit jugak, cuma di kedai SINGER lain bayar deposit RM80 jer...Kenapa ada perbezaan di situ? Aku pun tak pasti. )
Jadi,total deposit adalah RM167, termasuk bayaran bulan pertama.
Antara dokumen yang diorang mintak adalah :
- Salinan IC
- Salinan slip gaji... kalau yang tak ada slip gaji, pihak diorang boleh buat. Kiranya,nak ambik barang dengan singer ni, confirm dapat la kut.
- Bil api @ air...Aku bagi bil air online jer sebab tak jumpa bil2 yang bulan lepas punyer. Lepas 2,3 hari diorang mintak yang ori pulak. Tapi aku lupa nak bagi... Diorang pun dah tak mintak-mintak lagi lepas tu.
Selepas 2 @ 3 hari, diorang akan datang hantar mesin tu dan tunjuk demo sekali...
Ni gambar mesin yang aku ambil dari google... gambar mesin kat rumah aku tak boleh letak kat sini sebab telefon yang ada gambar mesin tu tak boleh nak connect dengan komputer kat office. Tak taula pulak apa masaalahnya... Tu yang rasa down giler nak update blog ni.

Ok... sekian itu sahaja... Di harap dengan adanya mesin ni dapat la aku buat baju banyak-banyak.. hihihi...
Manala tau dapat tempahan sekali. Aamin....
Sunday, 16 March 2014
Setelah sekian lama
Assalamualaikum...
Hari ini sudah pun memasuki pertengahan bulan 3.... terlalu cepat masa berlalu. Dan bermacam-macam perkara telah berlaku kepada diri sendiri dan juga dunia...
Di pagi yang hening, setelah sekian lama bumi tidak di limpahi hujan, Alhamdulillah, hari ini hujan rahmat telah membasahi bumi..
Sebelum lebih panjang bercerita, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum di ketahui nasibnya... Kita doakan semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada pasukan mencari dan menyelamat supaya misteri ini dapat di rungkaikan... Amiin.....
Ok...
Setelah sekian lama tak mengupdate blog...
Akhirnya hari ni ada peluang dan kerajinan.....
Banyak benda yang di buat... dalam seminggu dua ni, aku sibuk sangat belajar menjahit. Bukan pergi ke kelas atau apa, cuma belajar sendiri melalui internet dan youtube... ada jugak tanya-tanya orang yang pandai. kalau musykil lagi, telefon mak...hihihi....
Dan yang paling menyeronokkan adalah, setelah dapat memiliki mesin jahit sendiri. Mesin jahit tepi belum mampu kut.... Ala...bukan beli cash pun.Ambil ansuran je.
Pasal jahit menjahit ni, aku akan cerita kemudian.
Minggu lepas pulak, aku balik kampung untuk ambil irfan. So, sekarang, Irfan in d house!!! Walaupun budak ni nakal pelik jer, tapi budak nakal ni jugakla yang di rindu. Rasa terseksa jugakla...
Lepas balik dari kampung, si Irfan dan si Irsyad ni demam panas pulak... Diorang ni, kalau demam,memang demam serentak. Kalau malam tu, memang aku tak tidurla sebab berjaga untuk diorang. Asyik merengek dan mintak yang bukan-bukan...dugaan betul...dalam seminggu jugakla dorang demam. Aku memang tak bawak dorang pergi klinik. Tak taula kenapa.... lagipun, ubat-ubat klinik dah ada kat rumah.
Ok, itu sahaja..
Harap-harap lepas ni aku akan ada masa dan kerajinan untuk update blog selalu.

Tuesday, 18 February 2014
Minat Menjahit
Assalamualaikum.....
Nak cerita alkisahnya dulu,masa sekolah rendah dan menengah, aku selalu menolong mak aku menjahit. Tempahan banyak, nak-nak raya, Jadi aku jelah satu-satunya anak dia yang minat nak menolongnya.
Antara benda-benda yang aku boleh buat ialah sembat lengan ngan bawah baju, buat tikam leher karipap, jahit tudung sekolah, guna mesin jahit tepi dan apa-apa yang senangla.
Tapi sekarang mak aku dah malas nak buat semua tu. Tak nampak mata katanya. Setakat jahit baju sendiri ngan baju anak-anak dia bolehla.
Tapi aku sejak kebelakangan ni, terasa berkobar-kobar nak belajar menjahit. Selama ni duk menjahit tangan je sebab tak ada mesin jahit.
Sekarang aku dah start sikit-sikit dengan belajar sendiri melalui blog-blog dan youtube. Walaupun ada macam-macam versi, aku cuba faham dan buat ikut cara yang paling senang. Masalahnya adalah aku masih tak ada mesin jahit. Ingat nak beli yang mini punyer dulu dan harganya pun dalam rm100 sahaja. Ok la kut bagi aku yang baru nak belajar ni.
Macam-macam dah duk fikir nak buat apa kalau ada mesin jahit. Harap-harap perasaan dan minat nak menjahit tu tak akan lenyap dalam fikiran aku.
Manalah tahu, Tuhan nak bagi rezeki. Boleh buat bisnes ke, ambil tempahan menjahit ke.... Manala tau kan....
Nak ruang menjahit macam ni.... boleh tak??? Hihihi..... angan-angan......

sumber dari google
Thursday, 13 February 2014
Lama Menyepi
Assalamualaikum
Lama dah menyepi tak update blog
Bukan malas, tapi tak berkesempatan
Nak kata sibuk kat office, tak jugak
banyak buat benda lain sampai tak ada idea nak tulis apa
Entahla...
Fikiran asyik ke laut je
banyak benda nak kena fikir
pasal masa depan dan sebagainya
Badan pulak selalu penat
tambah-tambah pulak campur dengan asyik teringatkan Irfan kat kampung
dengan perangai Irsyad yang entah apa-apa sejak abang dia tak ada ni
main sendiri-sendiri tak nak.....
asyik merengek-rengek.... nak kita duk tepi dia je....
Time malam je demam.... sedar je nangis.....
Rindu kat abang dia ke????
Apa-apa pun, plan nak balik kampung ambil Irfan hujung bulan ni
Thursday, 6 February 2014
Rindu Irfan
Mud tak leh tido....
lepas siap semua kerja rumah
tak rasa ngantuk....
walaupun jam dah 2 pagi..
tapi.....
rasa rindu kat Muhammad Irfan
teringat kat dia....
dia tu pun entah ingat ke tak ke ibunya ni...
seronok dia kat kampung

Friday, 24 January 2014
Bercerai Pampers
Assalamualaikum
Bercerai pampers??
Ya... aku cuma ad pengalaman dengan anak-anak untuk bercerai pampers je.. Bercerai susu xpernah lg. Bukan susu ibu pun...
Ok....
Irfan ni tak adalah totally bercerai pampers...
Malam still lagi pakai 1 sebab aku malas nak temankan dia pergi kencing. Dahla berbotol-botol susu dia minum. Sah-sah kerap kencing. Dan sebenarnya tak susah pun nak suruh irfan ni berhenti pakai pampers. Kita cuma cakap, kalu nak kencing atau berak, pergi bilik air.. Itu sahaja. Dan dia faham. Berak pun dia basuh sendiri tapi kita kena tengok la. Nanti dia mengelat pulak....
Dia berjaya tidak memakai pampers pada siang hari ketika umur 3 tahun. Itupun kat rumah jer. Dekat rumah pengasuh, dia still pakai pampers sebab pengasuh anak aku ni macam malas nak ajar dan tambah pulak anak aku ni takut nak bercakap dengan akak tu... garang sangat.... Ada jiran depan rumah aku selalu tegur kenapa irfan pakai pampers lagi.. Dah besar dah.... Tapi aku jawab, "nak buat macam mana..... dah akak pengasuh tu tak kisah pun... Tp kat umah, ok jer.."
Tapi sekarang, dah 2 minggu aku hantar budak-budak ni kat rumah akak yang selalu tanya irfan tu, Alhamdulillah.... Aku dah tak perlu memperuntukkan pampers untuk irfan lagi......
Dan yang paling syukur lagi, Irsyad pun akak tu dah ajar tak pakai pampers... elok2 jer aku tengok pampers tak terusik kat dalam beg. Kalau guna pun, 1 jer. Tu pun pakai masa gi ambik budak-budak ni.
Tapi, kat umah aku malas la kan tak pakaikan pampers untuk Irsyad ni. Mana la aku nak larat. Aku tak ready lagi. Dia pun tak masuk 2 tahun lagi. Tunggula.... hehe...
Apa-apa pun, aku bersyukur sebab akak tu dah menjimatkan aku untuk bahagian pampers... dan bayaran untuk mengasuh budak-budak ni pun agak berpatutan. Dan yang paling penting, dia sayangkan anak-anak aku ni macam anak-anak dia jugak..
Ahamdulillah........
Thursday, 23 January 2014
Amalan2 yang boleh di lakukan oleh wanita ketika haid
Assalamualaikum
Sebelum ni kita mungkin mengalami keraguan tentang perkara-perkara yang boleh di lakukan ketika haid yang melibatkan amal ibadah. Dan sebenarnya banyak perkara yang boleh kita lakukan. Bila kita tak boleh sembahyang, tak bermakna amal ibadah kita terhenti begitu sahaja.
Perkara-perkara yang boleh kita lakukan adalah:
1) Zikir
2) Mengucapkan lafaz tasbih iaitu berkata : SUBHANALLAH
Bermaksud : Maha suci Allah
3) Mengucapkan lafaz tahmid iaitu berkata : ALHAMDULILLAH
Bermaksud : Segala puji bagi Allah
4) Mengucapkan lafaz takbir iaitu berkata : ALLAHUAKBAR
Bermaksud : Allah maha Besar
5) Mengucapkan lafaz tahlil iaitu berkata : LAILAHAILLALLAH
Bermaksud : Tiada Tuhan selain Allah
6) Membaca Basmallah iaitu lafaz : BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
Bermaksud : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
7) Membaca buku agama walaupun buku itu ada ayat-ayat Al-Quran
8) Membaca hadis-hadis nabi s.a.w kerana hadis nabi bukan Quran. Ia adalah perkataan atau perbuatan Nabi s.a.w. Tarafnya tidak sama dengan Quran.
9) Mendengar bacaan al-Quran daripada radio, kaset dan sebagainya
10) Berdoa, walaupun doa itu daripada al-Quran
11) Menghadiri majlis ilmu agama dan sebagainya (melainkan di masjid)
12) Bagi orang yang mengerjakan haji dan umrah, wanita sedang uzur syarie boleh melakukan semua tuntutan haji dan umrah kecuali tawaf sahaja. Ini kerana tawaf adalah seperti solat. Ia memerlukan wuduk dan sebagainya. Dia boleh wukuf di padang Arafah, boleh bermalam di Mina, dan bermalam di Muzdalifah, boleh melontar jamrah, boleh bertakbir dan bertalbiyah.
Tuesday, 21 January 2014
Macam-macam Perasaan
Sekarang ni aku tengah risau, runsing,ragu-ragu,sedih dan macam-macam perasaan pulak bila teringatkan anak aku yang sorang ni, Muhammad Irfan.......
Kalau ikutkan tahun, anak aku dah masuk umur 4 tahun...
Tapi, kalau ikut bulan, baru 3 tahun 7 bulan...
Yang menjadi masalahnya ialah, selepas chinese new year ni, maknanya next week kitorang akan tinggalkan dia di kampung sebab tok abah dia nak dia sekolah tabika KEMAS kat sana...
Tapi......
Aku rasa mental aku macam tak ready lagi nak hantar dia gi sekolah.....
bila lagi nak readynya????
Aku jugak tak sampai hati nak tinggalkan dia kat sane... Walaupun dia tu selalu bagi banyak kerja dekat ibu dia ni, selalu buat ibu dia ni marah dengan loyar buruk dia tu, tapi bila dia tak ada nanti, mesti aku rindu giler. Orang lain mana faham perasaan aku. Entah-entah laki aku pun tak faham perasaan aku..........
Buku 'Mudahnya Mencari Rezeki'
Assalamualaikum
Semalam aku masuk kerja, tengok-tengok buku ni dah ada atas meja. Sebenarnya aku dah putus asa nak cari buku ni sebab dah lama aku tunggu tak sampai-sampai. Tanya kat receptionist pun diorang cakap tak ada sampai pun parcel untuk akak....
Tapi, alhamdulillah. Akhirnya rezeki aku masih ada.
Aku baru baca pendahuluannya.... macam menarik.Aku kena fokus betul-betul untuk menghayati dan seterusnya mempraktikkan apa yang sudah di baca. Dan yang penting mengamalkannya sepanjang hidup aku.
Sesungguhnya rezeki itu semuanya dari Allah s.w.t.... kita hanya mampu berusaha dan cuba menjemput rezeki itu datang dengan membuat perkara-perkara yang Allah suka. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Sunday, 19 January 2014
Hari isnin
Assalamualaikum & selamat pagi...
Mood hari isnin tak berapa bagus.....
malas nk g kerja
walaupun 3 hari cuti, tp rs mcm penat gler
bagi aku, mkin lm aku cuti, makin xlarat aku di buatnya
nk mlyn kerenah budak-budak lagi
nak buat krja-kerja rumah lagi
bukannya ad sape2 nk tolong
jadi,
terpaksalah hntr budak-budak kat pengasuh
Maafkan ibu yer irfan, irsyad,
ibu nk luangkan masa untuk ibu sekejap
nak rehat, tido dan berangan sekejap
itupun belah pg je
petang nanti kena buat krja rumah jgk
nak masak lagi
Nak kena fikir masak apa la pulak.....

Tuesday, 14 January 2014
Ya Allah,,, Mengapa Wanita Sering Menangis?
Ya Allah, mengapa wanita sering menangis???
JawabNya,
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walaupun dikhianati oleh teman, walau di sakiti oleh "orang" yang di sayangi.
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru...
Tetapi, ada manusia dalam dunia ini yang begitu kejam....
Kerana menganggap wanita yang menangis adalah lemah dan mengjengkelkan....
Manusia ini adalah manusia yang tidak ada hati dan perasaan....
Manusia yang mementingkan diri sendiri...

RESEPI IKAN RUHU TIGA RASA
Assalamualaikum....
Ceritanya.... Ahad lepas laki aku yang gila memancing tu pergi memancing di putrajaya dengan geng-gengnya. Dan hasilnya, dapat ikan yang akhirnya di bahagikan.... Laki aku dapat bahagian kepala ikan ruhu dan ikan pacu.. Aku pun bukannya tau sangat nama-nama ikan ni.
Ikan pacu, aku dah siap goreng....
Semalam, ikan ruhu pulak aku buat masak tiga rasa.
Jadi, di sini nak kongsi sikit resepi ikan ruhu 3 rasa
Bahan-bahannya:
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung
1 biji bawang besar / bawang besar holland - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris halus
Cili merah besar
1 biji tomato - dipotong dadu
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Gula dan ajinomoto - secukup rasa
Cara-caranya:
- Ikan terlebih dahulu di lumurkan dengan garam dan tepung jagung
- goreng sehingga garing
- Untuk kuahnya pula, tumis halia, cili merah dan bawang putih hingga naik bau
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. gaul sebentar
- Masukkan sedikit air, bawang besar dan tomato
- Bila dah mendidih, masukkan gula dan ajinomoto. (garam tak perlu letak sebab dah masin)
- Bila dah agak-agak masak, angkat dan tuangkan di atas ikan yang dah di goreng. Siap!
1 bahagian ikan ni jugak aku bagi kat jiran sebelah.... Bahan2 yang di gunakan tak terlalu rumit dan yang penting sedap. Kalau nak tambah rasa masam, boleh letak nenas.
Sekian.....

Kata-kata Semangat Untuk Diri
Assalamualaikum dan selamat pagi semua......
Mulakan hari dengan kata-kata semangat.... untuk mengubati hati yang duka... untuk mengucapkan sesuatu yang tak terluah dengan kata-kata....
" Hidup ini tak selalunya mudah... Kadang-kadang, sesuatu yang paling susah adalah untuk membuat sesuatu keputusan. Apatah lagi apabila kita berada dalam keadaan beduka dan hanya menurutkan kata hati lalu mengenepikan akal.
Namun, kesakitan hari ini, adalah kekuatan untuk hari esok... Jangan risau wahai hati..... Kerana Allah sentiasa ada bersama kita... Hanya Allah saja yang tahu apa yang tak mampu aku luahkan ini"

Monday, 13 January 2014
Kelebihan 10 Surah Dalam Al-Quran
10 surah dalam al-Quran yang dapat mencegah 10 perkara:
1) Surah Al-Fatihah mencegah kemarahan Allah
2) Surah Yasin mencegah kehausan di hari kiamat
3) Surah Ad Dukhan mencegah kesusahan di hari kiamat
4) Surah Waqi'ah mencegah kekafiran
5) Surah Al Kautsar mencegah permusuhan
6) Surah Al Mulk mencegah seksa kubur
7) Surah Al Ikhlas mencegah kemunafikan
8) Surah Al Falaq mencegah iri hati seseorang
9) Surah Al Kafirun mencegah kekufuran ketika di cabut roh
10) Surah An Nas mencegah was-was
Sunday, 12 January 2014
SEDEKAH AL-FATIHAH
Assalamualaikum....
Hari ini saya terbaca sesuatu yang saya rasa saya harus lakukan mulai saat ini..
Jadi, saya ingin berkongsi ilmu tentang sedekah al-Fatihah ini yang saya dapat dari group Soal Jawab Ibu Bapa Cemerlang. Diharap dapat memberi manfaat kepada saya dan anda semua... InsyaAllah....
Dengan keadaan kita yang berada dalam era moden yang penuh cabaran ini, bukan mudah untuk kita mendidik anak-anak menjadi yang terbaik.
Penulis berkongsi tentang sebuah kisah rahsia seorang bapa yang sangat penulis hormati ilmu dan keperibadiannya.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Selepas setiap kali solat, dia akan sedekahkan al-Fatihah buat anak-anaknya. Amalan itu bermula sejak Allah ' mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta ditimpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Di sedekahkan al-Fatihah untuk rasulullah s.a.w, kedua arwah ibu bapanya, isteri kesayangannya dan anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya.
"Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekah al-Fatihah! Mudah sahaja kan? Berapa minit sangat masa yang di perlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu per satu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, jom lah kita melakukan perkara-perkara mudah yang di sukai oleh Allah S.W.T..... Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah.....
******Apa lagi wahai suami, isteri, ibu mahupun bapa. Bersama-samalah kita berikhtiar untuk anak-anak kita... Gagal atau berjaya, kita serahkan pada Allah S.W.T..... Kita hanya mampu berikhtiar, tapi Dia yang menentukannya...

Thursday, 9 January 2014
Cara Mencuci & Penjagaan Cloth Diaper
Assalamualaikum....
Ini adalah sambungan entry semalam untuk menceritakan secara ringkas tentang cara mencuci dan penjagaan CD yang di telah di sarankan dan jugak mengikut pengalaman aku sendiri.
Untuk penggunaan kali pertama
- Pastikan insert dan sarung di cuci terlebih dahulu untuk mengeluarkan sisa-sisa yang terdapat dalam fabrik semasa proses pengilangan
**** Kalau korang beli baju baru pun, mesti korang nak basuh dulu kan.....
- Cuci sekurang-kurangnya 3x untuk mendapat penyerapan insert yang lebih berkesan. Penggunaan yang seterusnya hanya sekali cucian sahaja
- Boleh di basuh dengan mesin basuh ataupun cucian tangan... terserahla....
- Keringkan di bawah cahaya matahari
**** Di sebabkan aku duk rumah flat jer, terpaksalah jemur dalam rumah. Ok jer pun....
Pantang Larang Untuk CD
- Elakkan cecair peluntur/pemutih (clorox, vanish) dan cecair pelembut kain (softlan, downy). Ianya mungkin boleh menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi
- Elakkan menggosok menggunakan seterika
- Elakkan cucian kering / cucian menggunakan air panas
- Elakkan pemberus / penggosok
Untuk Penggunaan Harian
- Insert harus di keluarkan dari CD
- Jika anak anda buang air besar, buang najis terlebih dahulu dengan pancutan air yang laju ke dalam mangkuk tandas.
- Bilas CD dan insert yang terkena air kencing
- Masukkan sedikit sabun yang tidak mengandungi pelembut, pewangi atau peluntur
-Basuh seperti biasa sama ada guna mesin / tangan
- Sidai CD seperti biasa. Pastikan bahagian dalam menghadap cahaya matahari.
Contoh Sabun Yang boleh di gunakan

Semua gambar sumber dari google
Selain daripada gambar di atas, sabun lain yang boleh di gunakan adalah
- Fab
- Trojan
- Kuat Harimau
Contoh sabun yang tak boleh digunakan pulak adalah
- Pureen kiddiewash
- Pureen ABD
- Kao Attack
- Nappiklean
- Top Detergent
Teknik Stripping bagi CD yang sudah kurang daya serap
- Guna sabun pencuci pinggang mangkuk yang mempunyai kuasa untuk tanggalkan minyak (sunlight)
- Basuh di bahagian dalam dan luar microfleece bagi menghilangkan mendapan sabun dan kotoran-kotoran halus
- Teknik ini boleh di lakukan sebulan sekali.
- Anda juga boleh melakukan stripping tanpa penggunaan sabun. Cuma basuh sehingga tidak lagi mengeluarkan buih-buih sabun akibat cucian-cucian sebelum ini.
Bagi aku, yang merasakan sabun yang khas untuk mencuci CD ini terlalu mahal, aku hanya menggunakan sunlight untuk setiap cucian.... Dan setakat ni, ok jer....
Setakat ini sahaja yang dapat di kongsikan sebagai pengguna CD yang tak berapa tegar....... sekadar berkongsi pengalaman yang ada.
Tuesday, 7 January 2014
CLOTH DIAPER @ KAIN LAMPIN MODEN
Apa Itu Cloth Diaper?
Secara ringkasnya,cloth diaper ni adalah kain lampin moden. Berbeza dengan kain lampin tradisional yang berbentuk segi empat, di perbuat daripada bahan yang dapat menyerap cairan sehingga satu tempoh tertentu. Cara cloth diaper ini bertindak seperti lampin pakai buang, tetapi ia dapat di cuci berulang kali, sehingga dapat di gunakan berulang-ulang kali!!!
Kelebihan Cloth Diaper
1. Menjimatkan
Koleksi CD yang ada
Setakat dulu dan kini (tak tambah2 pun), aku cuma ada 12 helai koleksi CD. Semuanya jenama QQ baby.. manala aku mampu nak beli jenama Lunatots ke, Auntumn ke...... Semuanya macam ok je. Fungsinya pun aku puas hati.
Sekarang ni, semua CD tu dah bertahan selama 2 tahun lebih.
Irfan pun dah tak pakai pampers, maka adiknya pulak la penyambung warisan....
Cuma, bila dah pakai CD ni, maknya kene rajin la.... kena rajin nak membilas, menyental dan menjemur bagai...
Next entry, cerita lagi pasal CD ni....
Sumber dari google

- Kos untuk CD hanya RM500 ( kalau beli yang murah RM20/helai-dapat 25 helai untuk 3 tahun)
- Kos untuk pampers RM4500 (3 tahun)
- Di perbuat daripada bahan semulajadi.
- Selamat daripada bahan kimia dan toksin
- Tiada masalah ruam lampin
- Rekaan dan corak pelbagai
- Mudah di guna dan lebih bergaya
- Kurang sampah di rumah yang perlu dibuang
Koleksi CD yang ada
Setakat dulu dan kini (tak tambah2 pun), aku cuma ada 12 helai koleksi CD. Semuanya jenama QQ baby.. manala aku mampu nak beli jenama Lunatots ke, Auntumn ke...... Semuanya macam ok je. Fungsinya pun aku puas hati.
Sekarang ni, semua CD tu dah bertahan selama 2 tahun lebih.
Irfan pun dah tak pakai pampers, maka adiknya pulak la penyambung warisan....
Cuma, bila dah pakai CD ni, maknya kene rajin la.... kena rajin nak membilas, menyental dan menjemur bagai...
Next entry, cerita lagi pasal CD ni....
CELCOM oh CELCOM
Assalamualaikum.....
Kali ni nak cerita pengalaman aku menggunakan CELCOM POSTPAID. Aku start ambil plan internet yg harga RM68/month bulan Oktober 2013 dan tak terikat dengan kontrak.Apa yang aku faham, bila dah tak ada kontrak,maknanya kalau line dah kena sekat dan tak bayar,maknanya bil tak akan jalan..
Untuk bulan pertama dan kedua tak ada masalah lansung. Bil macam biasa dan bayar on time. Tapi, bila masuk bulan ketiga, tiba-tiba aku dapat mesej mengatakan yang penggunaan kredit anda sudah mencapai limit padahal baru je bayar. Dalam kehairanan, aku pun buat endah tak endah je.
Lepas tu, banyak pulak mesej dari no 36178 & 33232. Tu pun aku buat endah tak endah walaupun hati runsing.
Tiba-tiba, aku dapat mesej pulak menyatakan yang penggunaan anda sudah melebihi kredit limit dan line sudah di potong.
Siasat punya siasat, tengok bil apa semua,,, ambik kau....!!
Apa itu SMS content service?????
Search punya search, rupa-rupanya ramai pengguna celcom yang menghadapi situasi yang sama.
Memandangkan nombor ni atas nama laki aku, aku ingat nak terminate bulan 1 ni, jadi aku buat bodoh je simpan simcard tu buat perkasam.
Lebih mengejutkan aku bila dapat email menyatakan bil celcom ni semakin bertambah sebab dia charge macam biasa. Bukan ke bila tak ada kontrak, bil tak akan jalan macam tu je. Total kena bayar RM200+++. OH MY GOD!!!
Hari ni jugakla celcom telefon laki aku pasal bil ni. Lepas tu laki aku pulak pot pet pot pet kat aku... Last2, dia ajak aku pergi terminate nombor ni keesokkannya.
Bila dah jumpa org kat celcom, dia kata memang salah aku sebab aku response pada mesej dari pihak ketiga ni. Seingat aku, tak pernah la pulak.Tapi tak taula KUT-KUT ter respone. So, kena bayar jgk. Untuk yang bulan tak guna pun, kena bayar jugak sebab memang sistem macam tu katanya walaupun tak ada kontrak dan selagi tak terminate. Yang lagi sedihnya, dia hanya boleh terminate betul-betul bila sampai bil yang seterusnya dulu sebab tarikh dah melebihi tarikh bil... seminggu je pun.
Tapi nak buat cm mane. Redho jela. Terpaksala bayar ansur-ansur...
Jadi, buat pengguna-pengguna celcom yang lain, berhati2la dengan mesej merapu-rapu yang sampai kat inbox korang. Berfikir dan tengok betul-betul dulu sebelum bertindak...
Sekarang ni, aku dah blacklist kan CELCOM. Aku cuba guna U mobile pulak....

Wednesday, 1 January 2014
Jalan-jalan di Zoo Negara
Assalamualaikum.....
Ni cerita cuti krismas lepas ( 25/12/2013 ).........
Aku memang dh plan awal2 untuk pg zoo ni. Kiranya lepas dapat gajila.
Awal-awal pg lg aku dh bgun siapkan beg dn keperluan budak-budak.Siap
goreng keropok lekor lagi untuk di bawa sebagai bekal.. Dengar-dengar cerita
harga makanan kat dlm zoo mahal. Jd, drpada membazir duit, lebih baik aku
bawak apa yang boleh di bawak.
Sampai di zoo ngam-ngam kul 9 am.... Terus beli tiket. Untuk dewasa RM30
seorang. Untuk kanak-kanak 3-12 tahun RM10... Jadi total perlu bayar RM70...
Irsyad xcukup umur lagi,jadi freela.
Lepas tu bemulala pengembaraan kami.. Kitorang jalan kaki je. Nak naik train xde feel lansung katenye laki aku...Mula2 memang ok la kan. Kitorang
start dr zirafah dulu. Waktu masih awal lg. Semua binatang pun baru bgun tido dan
baru hendak di mandikan.
Kitorang melawat semua binatang yang ada satu persatu. Kalau tak, membazir bayar mahal-mahal. Tu pun ayat laki aku. Aku ikut dari belakang je. Bila dah lama-lama,Irfan pun dah start buat perangai. Dia la yang paling laju. Aku dengan laki aku memang tak larat nak kejar... Irsyad pulak steady je dari awal sampai last.
Bila lalu kat kiosk jual segala bagai toys pulak, irfan mengamuk-ngamuk nak suruh belikan. Tapi aku rasa tak berbaloi lansung nak beli. Mahal giler kut. Kitorang pun biarkan ajela dia mengamuk nangis bagai. Last-last aku belikan diorang aiskrim je. Tu pun RM15 untuk 3 aiskrim cornetto...
Perasan tak semua gambar di ambil dari belakang. semua anak2 aku dan laki aku memang kurang bergambar. Jadi, semua gambar curi je. Tu pun x sempat nak ambil gambar banyak2. masa banyak di habiskan untuk mengejar budak irfan ni je.. Nasibla kan....
Kitorang sampai on time untuk pertunjukan binatang. tapi di sebabkan terlalu sesak dan budak-budak pun dh makin tak menentu perangainya, kitorang x tengok pun pertunjukan tu dan habiskan cepat-cepat perjalanan.
Last sekali tmpat kitorang pegi adalah tempat kegemaran laki aku iaitu akuarium... Tapi malangnya dia xleh nk feel lebih-lebih sebab budak2 terlalu laju ke depan tak sempat nak ngejor.
Dalam kul 11.30 kitorang keluar. Berakhirla sudah kisah di zoo... Bayaran parking untuk 3 jam pertama adalah RM5.50. Jd, total perbelanjaan untuk kali ni adalah RM95.50...
Bila dah tengahari, perut pun lapar... Aku tapau KFC jer...
Sampai umah, semua dah keletihan. Lepas makan, semua orang tido. kecuali laki aku. Dia dengan hobinya. Pergi memancing.....
Ni cerita cuti krismas lepas ( 25/12/2013 ).........
Aku memang dh plan awal2 untuk pg zoo ni. Kiranya lepas dapat gajila.
Awal-awal pg lg aku dh bgun siapkan beg dn keperluan budak-budak.Siap
goreng keropok lekor lagi untuk di bawa sebagai bekal.. Dengar-dengar cerita
harga makanan kat dlm zoo mahal. Jd, drpada membazir duit, lebih baik aku
bawak apa yang boleh di bawak.
Sampai di zoo ngam-ngam kul 9 am.... Terus beli tiket. Untuk dewasa RM30
seorang. Untuk kanak-kanak 3-12 tahun RM10... Jadi total perlu bayar RM70...
Irsyad xcukup umur lagi,jadi freela.
Lepas tu bemulala pengembaraan kami.. Kitorang jalan kaki je. Nak naik train xde feel lansung katenye laki aku...Mula2 memang ok la kan. Kitorang
start dr zirafah dulu. Waktu masih awal lg. Semua binatang pun baru bgun tido dan
baru hendak di mandikan.
Bila lalu kat kiosk jual segala bagai toys pulak, irfan mengamuk-ngamuk nak suruh belikan. Tapi aku rasa tak berbaloi lansung nak beli. Mahal giler kut. Kitorang pun biarkan ajela dia mengamuk nangis bagai. Last-last aku belikan diorang aiskrim je. Tu pun RM15 untuk 3 aiskrim cornetto...
Kitorang sampai on time untuk pertunjukan binatang. tapi di sebabkan terlalu sesak dan budak-budak pun dh makin tak menentu perangainya, kitorang x tengok pun pertunjukan tu dan habiskan cepat-cepat perjalanan.
Last sekali tmpat kitorang pegi adalah tempat kegemaran laki aku iaitu akuarium... Tapi malangnya dia xleh nk feel lebih-lebih sebab budak2 terlalu laju ke depan tak sempat nak ngejor.
Dalam kul 11.30 kitorang keluar. Berakhirla sudah kisah di zoo... Bayaran parking untuk 3 jam pertama adalah RM5.50. Jd, total perbelanjaan untuk kali ni adalah RM95.50...
Bila dah tengahari, perut pun lapar... Aku tapau KFC jer...
Sampai umah, semua dah keletihan. Lepas makan, semua orang tido. kecuali laki aku. Dia dengan hobinya. Pergi memancing.....
Subscribe to:
Posts (Atom)